Wednesday, April 28, 2010

Movie Date Night


Sinopsis cerita " Date Night" :

Cerita ni mengisahkan tentang satu pasangan suami isteri yang memang bahagia dan memang sibuk pasal kerja je.Setiap pagi akan dibuli oleh anak2 mereka yang comel.Ada sahaja benda2 lawak akan jadi.Satu hari diorang merancang untuk keluar date bersama dan makan malam di satu restoran mahal dan terkenal tanpa buat reservation (uiks selamba katak je.ingat restoran bapak ko?).Bila sampai je kat restoran tuh table semua fullbooked tapi disebabkan sikap romantik dan tidak berputus asa si suami diorang tunggu jugak.Masa tengah tunggu tu si suami terdengar ada satu nama (Triplehorn) yang dah reserve table tak datang lalu menyamar jadi orang tuh.

Maka diorang berjaya masuk ke restoran tuh dan makan malam kat situ.Tapi satu perkara yang tak dijangka telah terjadi masa diorang tengah sedap mNgedate,Diorang tak tau nama yang diorang gantikan tu adalah pasangan yang memang tengah dicari oleh kumpulan jahat sebab telah mencuri rahsia.So orang jahat telah salah sangka dan anggap diorang yang curi data tu.Jadi bermulalah satu dimensi dating yang memang sangat cemas.Tapi untungnya diorang ni dikurniakan otak yang pandai maka terjadilah aksi2 dan alasan2 yang sememangnya boleh menyelamatkan diorang pada malam tuh.
Ceritenye mmg kelakar...Baba Danish gelak smpai kuar air mata...So xrugi la klu korang nk gie tgk movie neh...

0 comments:

Post a Comment