Monday, May 3, 2010

tSentuh dgn Kata2 ini......

Masalah Sosial d Negara Kita.......
Marilah Sama2 Kita Renungkn.......


Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya Cinta Februari.....???
 

Bu, adik Cuma ingin bertanya…

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...

Ibu ingat 14 Feb tak?
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini Lepas 9 Bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah Membuahkan Hasil
Hari ini buah cinta kalian Telah Terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu Telah Lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama Menyambut Kami?
Kemana dia telah pergi Tidak Azankan Kami?
Mengapa ibu pun Benci Kami?
Sedangkan inilah Semaian Tanda Cinta Kalian?

Mengapa ibu?

Tak terasakah Sakit Dan Perit?

Tak berbakikah Kasih Dan Sayang?
Tidak lagi kah ibu BerTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....~End~

 


Renung renung kanlah !!!

0 comments:

Post a Comment