Sunday, July 25, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang Mama...



 27/07/2009 (12.16 pm) – Hari ini kamu dilahirkan ke dunia, hadir dengan sejuta keajaiban dan kebahagiaan yang tidak terlukis dengan kata².
Kami namakan kamu ZULKARNAIN DANISH hadir tanpa cela dalam sukma menjadi putera sulung perkahwinan kami...
Anakku,
Bila mama boleh memilih
Apakah mama mahu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka mama akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu mama merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
 
Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut mama
Engkau ikut kemanapun mama pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung mama berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim mama ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana mama kecewa dan berurai air mata
Anakku,
Bila mama boleh memilih apakah mama harus operasi caesar,
atau mama harus berjuang melahirkanmu
Maka mama memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu waktu memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat mama rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa mama ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan babamu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu
Anakku,
Bila mama boleh memilih apakah mama berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka mama memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu mama telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada mama dalam kantuk mama,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan
Anakku,
Bila mama boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka mama memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan mama , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan mama….Maafkan mama
Percayalah nak, mama sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan meranamu adalah sebahagian duka mama
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa mama...

 Selamat Hari Lahir Sayang Mama Yg Ke- 1 Tahun 
Moga DiriMu dPanjangkn Umur, dMurahkn Rezki dan Menjadi Anak Yg Soleh...Amin 

0 comments:

Post a Comment